Pages

Wednesday, March 31, 2010

Berita saya

KOR SISPA USIM UJI KETAHANAN DIRI


Oleh : Nurul Izzah Binti Romly @ Ramli (1070183)

PAHANG - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) berjaya menyahut cabaran untuk mendaki Hutan Lipur Gunung Senyum yang menjadi kebanggaan penduduk di Pahang.

Latihan Medan ini dijalankan bagi melatih anggota SISPA supaya sentiasa cergas dan berwibawa terhadap diri sendiri dan pasukan yang selaras dengan Visi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) “Ke arah mewujudkan masyarakat yang proaktif dan responsif terhadap bencana yang mengancam nyawa serta harta benda”.



Program ini disertai oleh anggota Kor SISPA seramai 40 orang bersempena dengan kem tamat latihan bagi semester kedua yang merupakan semester terakhir di bawah unit kokurikulum. Disamping itu juga, mereka turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih dari Jabatan Pertahanan Awam Pahang dan Negeri Sembilan serta seramai enam orang pembantu jurulatih yang di ambil dari kalangan anggota Unit SISPA USIM itu sendiri.



Walaupun hanya bebekalkan sebotol air mineral dan sedikit makanan sampingan pada setiap anggota, dengan semangat yang jitu dan sikap kerjasama antara kumpulan yang padu mereka berjaya mengharungi gunung yang ketinggiannya mencecah 1600 kaki dari aras laut bersamaan 480 meter. Pendakian mereka telah memakan masa selama 6 jam 45 minit untuk sampai ke puncak Gunung Senyum.



Aslam, tahun dua Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang merupakan ketua pasukan untuk kem tamat latihan ini berkata, “saya amat berbangga dengan pencapaian ini dan saya berharap dapat menawan gunung seterusnya iaitu Gunung Everest”.



Kegembiraan ini juga dikongsi bersama dengan salah seorang anggota yang telah berjaya menjadi anggota pertama yang sampai ke puncak Gunung Senyum, Amirdin, 20, “ Tidak ada apa yang saya ingin katakan cuma saya rasa amat bertuah kerana dapat menjadi salah seorang anggota yang berjaya sampai ke puncak” katanya.



Lt. Muda kasuma Birin selaku penyelaras Kor Sispa Usim berkata, “Latihan sebegini diadakan bertujuan agar semua anggota Jabatan Pertahanan Awam mempunyai daya tahan diri yang kuat untuk menghadapi apa sekalipun cabaran sebagai persediaan untuk membantu dan berkhidmat kepada masyarakat kelak, ia seiring dengan slogan JPAM iaitu Sedia, Pantas Dan Berintegriti”.

0 comments:

Post a Comment