Pages

Wednesday, March 31, 2010

Berita saya

KOR SISPA USIM UJI KETAHANAN DIRI


Oleh : Nurul Izzah Binti Romly @ Ramli (1070183)

PAHANG - Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) berjaya menyahut cabaran untuk mendaki Hutan Lipur Gunung Senyum yang menjadi kebanggaan penduduk di Pahang.

Latihan Medan ini dijalankan bagi melatih anggota SISPA supaya sentiasa cergas dan berwibawa terhadap diri sendiri dan pasukan yang selaras dengan Visi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) “Ke arah mewujudkan masyarakat yang proaktif dan responsif terhadap bencana yang mengancam nyawa serta harta benda”.

Resepi Keselamatan Diri , Keluarga dan Orang di sekeliling.

PRINSIP PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Untuk menyelamatkan nyawa.
Untuk mengurangkan kesakitan.
Untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan menjadi bertambah buruk.
Untuk dihantar kehospital
 

Remaja & Cinta

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as.

www.iluvislam.com

*editor : izzah87
Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

RESEPI BELAJAR





Bahan-bahannya:
1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing)
2.Sebuah ketekunan
3.3 mangkuk kerajinan
4.4 hiris keinsafan
5.5 keping kasih sayang

BUATMU PENUNTUT ILMU

Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu


Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.
Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis :



Hatiku...


Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw,


Ibnu Mas;ud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya


murung (berduka).


Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut, aku tidak selera hendak makan,
tidurku pun tidak lena."

Untukmu sahabat

Tika aku kesunyian,
Kau sering ada di sisi,
Gurau sendamu sentiasa bermain di fikiran,
Pahit manis kita harungi bersama,
Walaupun kadang-kadang amat sukar ditempuhi,
Kau tetap setia bersama,

Sahabat,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan ini,
Biar kita jatuh mengharungi onak dan duri,
Pengalaman yang akan mematangkan kita,
Bekalan menghadapi cabaran yang akan datang,

Sahabat,
Walaupun banyak persimpangan di hadapan,
Jangan kita menyerah sebelum masanya,
Jangan kita tunduk dengan pujukan musuh,
Amaran-amaran Allah adalah yang utama,

Sahabatku,
Teman itu kadang-kadang menjadi penawar,
Itulah kekuatan kita, 
Kadangkala menjadi racun,
Yang akan melemah segala kekuatan.

Namun jangan kita bergerak ke jalan yang salah,
Ikuti apa yang diperintahkan,
Moga Ukhwah yang terbina,
Menjadi inspirasi untuk masa hadapan,
Kaulah sahabat dunia akhirat.

Sunday, March 28, 2010

Sambungan... Episod 3 : Pengalaman Pertama Mengikuti Rescue 999 JPAM

Telefon berdering beberapa kali menandakan ada beberapa kecemasan berlaku, tetapi pasukan penyelamat sesi seterusnya mengambil alih tugas tersebut. Terdapat juga dua kes yang berlaku dalam satu masa sama yang melibatkan kes kecemasan yang berlainan. Ia melibatkan dua buah kenderaan yang keluar pada masa yang sama dan memerlukan anggota penyelamat yang ramai. Kes yang sedang mereka ambil pada masa tersebut ialah kemalangan jalan raya yang berlaku di Nilai dan membakar sarang tebuan. Oleh itu, pasukan penyelamat tambahan yang berada di bilik operasi berada dalam keadaan siap sedia untuk menerima panggilan kecemasan yang seterusnya.

Sambungan... Episod 2 : Pengalaman Pertama Mengikuti Rescue 999 JPAM

Keadaan saya mula berubah sedikit tenang apabila kelihatan seorang doktor sudah berada berhampiran dengan mangsa dan saya dapati mangsa telah ditutup dengan kain yang menandakan bahawa mangsa sudah meninggal dunia. Saya mula berinteraksi dengan doktor tersebut dan beliau mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Darah mengalir di atas jalan raya akibat daripada kepala mangsa terkoyak dan mengakibatkan pendarahan yang teruk berpunca daripada pelanggaran kereta yang kuat ketika mana mangsa hanyalah pejalan kaki. Mangsa tidak dapat diselamatkan dan kes ini di bawah kuasa pihak polis. Aidah mula menjauhkan diri dari mangsa kerana beliau kelihatan sedikit takut dengan keadaan itu dan beliau mendapatkan butiran kemalangan dari keluarga mangsa. Walaupun ini merupakan kali pertama saya melihat sendiri mangsa kemalangan yang berlumuran darah, namun saya masih boleh melihatnya tanpa perasaan takut yang bersangatan. Sementara menunggu polis tiba di tempat kejadian, kami mengawal keadaan supaya tidak berlaku apa-apa kecelakaan lain.

Setelah pihak polis tiba, kami melaporkan serba sedikit butiran tentang kes kemalangan ini dan dua orang anggota kami membantu mengangkat mangsa ke dalam kenderaan polis. Kami bersedia untuk beredar setelah selesai tugas.

Pengalaman Pertama Mengikuti Perkhidmatan Kecemasan 999 (Rescue 999) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)


Bertugas sebagai seorang penyelamat bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah.Ia memerlukan kemahiran dan keyakinan diri yang tinggi. Kemahiran yang dipelajari oleh seorang penyelamat mempunyai nilai yang amat berharga dan mempunyai kualiti yang tiada tolok bandingnya. Sukarelawan-sukarelawan ini menjalankan tugas tanpa memikirkan ganjaran yang bakal diperolehi suatu masa nanti malah mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menyelamatkan sesiapa sahaja yang dalam kesusahan, mengalami kemalangan serta kecelakaan. Keikhlasan yang wujud dalam diri setiap anggota sukarelawan merupakan satu aspek yang penting ketika menjalankan tugas mereka. Perkhidmatan kecemasan 999 bermaksud perkhidmatan kecemasan yang diberikan kepada orang ramai yang menghadapi sebarang keadaan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda serta persekitaran yang perlu diambil tindakan serta-merta.

Saya merupakan salah seorang anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam yang berkuatkuasa pada 16 Mei 2008 bertitik tolak daripada aktiviti kokurikulum badan beruniform iaitu dibawah Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Saya telah menjalani beberapa kursus yang diperlukan bagi mengikuti perkhidmatan kecemasan 999 (Rescue 999).