Keadaan saya mula berubah sedikit tenang apabila kelihatan seorang doktor sudah berada berhampiran dengan mangsa dan saya dapati mangsa telah ditutup dengan kain yang menandakan bahawa mangsa sudah meninggal dunia. Saya mula berinteraksi dengan doktor tersebut dan beliau mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.
Darah mengalir di atas jalan raya akibat daripada kepala mangsa terkoyak dan mengakibatkan pendarahan yang teruk berpunca daripada pelanggaran kereta yang kuat ketika mana mangsa hanyalah pejalan kaki. Mangsa tidak dapat diselamatkan dan kes ini di bawah kuasa pihak polis. Aidah mula menjauhkan diri dari mangsa kerana beliau kelihatan sedikit takut dengan keadaan itu dan beliau mendapatkan butiran kemalangan dari keluarga mangsa. Walaupun ini merupakan kali pertama saya melihat sendiri mangsa kemalangan yang berlumuran darah, namun saya masih boleh melihatnya tanpa perasaan takut yang bersangatan. Sementara menunggu polis tiba di tempat kejadian, kami mengawal keadaan supaya tidak berlaku apa-apa kecelakaan lain.
Setelah pihak polis tiba, kami melaporkan serba sedikit butiran tentang kes kemalangan ini dan dua orang anggota kami membantu mengangkat mangsa ke dalam kenderaan polis. Kami bersedia untuk beredar setelah selesai tugas.
Selesainya solat Zohor dan makan tengahari, kami masuk semula ke bilik operasi untuk menjalankan tugas seterusnya. Kes ketiga yang saya ikuti ialah Kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang penunggang motosikal yang dilanggar oleh sebuah kereta Hilux di lebuhraya ke Seremban. Apabila kami tiba ditempat kejadian, didapati beberapa orang membawa mangsa ke tepi jalan raya dan mangsa masih berada dalam keadaan terkejut. Kami bergegas membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana dikuatiri mangsa mempunyai implikasi yang lain. Setelah sampai di wad kecemasan hospital, pihak hospital mengambil butiran lanjut keadaan mangsa dan maklumat kemalangan. Kami pulang ke bilik operasi setelah pihak hospital mengambil alih mangsa.

Jam menunjukkan pukul 4 petang dan menandakan bahawa masa bertugas kami sudah tamat. Namun dengan semangat yang ada, kami bertiga menyatakan hasrat kami kepada pegawai yang bertugas untuk melanjutkan masa tugas sehingga pukul 12.00 tengah malam. Bak kata pepatah ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Saya menggunakan masa tersebut untuk mempelajari lebih dalam tugas-tugas sebagai seorang call dispatcher. Nampak seperti mudah, tetapi ia memerlukan kecekapan dan kesabaran yang tinggi apabila menerima panggilan kecemasan. Ada kalanya, terdapat orang awam yang memarahi pihak kami kerana mengajukan banyak soalan. Hal ini kerana, mereka tidak memahami tugas sebagai seorang call dispatcher yang bertanggungjawab mendapatkan maklumat-maklumat penting tentang kejadian yang berlaku.
Pada masa yang sama, tanpa di duga saya berkesempatan menerima panggilan kecemasan pada petang tersebut, Itu merupakan kali pertama saya berinteraksi dengan pemanggil di tempat kemalangan, butiran yang diperlukan dicatatkan dengan teliti di dalam borang yang disediakan. Saya dapat merasakan keadaan di tempat kemalangan amat mencemaskan yang memerlukan bantuan segera. Sebelum meletakkan ganggang telefon, saya sempat menenangkan pemanggil supaya tidak terlalu cemas dan membantu mengawal keadaan sebelum bantuan dari pihak kami tiba di sana. Ganggang telefon diletakkan, beberapa pasang mata melihat saya untuk mengetahui butiran lanjut penggilan tersebut. Setelah selesai penyampaian maklumat berlaku, pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian...(sambungan seterusnya>>)
0 comments:
Post a Comment