Telefon berdering beberapa kali menandakan ada beberapa kecemasan berlaku, tetapi pasukan penyelamat sesi seterusnya mengambil alih tugas tersebut. Terdapat juga dua kes yang berlaku dalam satu masa sama yang melibatkan kes kecemasan yang berlainan. Ia melibatkan dua buah kenderaan yang keluar pada masa yang sama dan memerlukan anggota penyelamat yang ramai. Kes yang sedang mereka ambil pada masa tersebut ialah kemalangan jalan raya yang berlaku di Nilai dan membakar sarang tebuan. Oleh itu, pasukan penyelamat tambahan yang berada di bilik operasi berada dalam keadaan siap sedia untuk menerima panggilan kecemasan yang seterusnya.
Diam tidak diam, jam menunjukkan tepat pukul 9.30 malam. Sedang leka menyiapkan tugasan di dalam buku log yang disediakan terdapat satu lagi panggilan kecemasan di mana terdapat seorang pesakit semput yang berada di rumah yang memerlukan bantuan dari pihak kami untuk di bawa ke hospital.

Pengalaman mengikuti perkhidmatan kecemasan ini amat menyeronokkan walaupun pada mulanya bermacam-macam perasaan yang timbul. Saya dan rakan yang lain juga dapat mempelajari cara-cara untuk menguruskan mangsa kemalangan dan kecelakaan di tempat kejadian sebenar walaupun sebelum ini kami cuma mempelajarinya secara teori dan mempraktikkannya dalam latihan sahaja. Praktikal dalam kelas amat penting untuk melatih para penyelamat sebelum pergi ke tempat kejadian sebenar. Perasaan menaiki ambulans buat pertama kalinya sangat membanggakan yang membuktikan bahawa kami sedang menjalankan tugas sebagai seorang penyelamat. Peristiwa yang melucukan apabila saya mengetahui bahawa salah seorang rakan kami tidak dapat menahan rasa loya semasa menaiki ambulans dengan tidak sengaja termuntah ketika dalam perjalanan pulang ke bilik operasi. Pengalaman sebagai pasukan penyelamat ini amat bermakna bagi saya dan rakan-rakan kerana inilah kali pertama kami mengikuti kejadian yang sebenar di hadapan mata kami sendiri. Saya berharap masih ada lagi peluang untuk mengikuti perkhidmatan kecemasan 999 ini pada masa akan datang.
TAMAT
0 comments:
Post a Comment