Pages

Wednesday, March 31, 2010

Untukmu sahabat

Tika aku kesunyian,
Kau sering ada di sisi,
Gurau sendamu sentiasa bermain di fikiran,
Pahit manis kita harungi bersama,
Walaupun kadang-kadang amat sukar ditempuhi,
Kau tetap setia bersama,

Sahabat,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan ini,
Biar kita jatuh mengharungi onak dan duri,
Pengalaman yang akan mematangkan kita,
Bekalan menghadapi cabaran yang akan datang,

Sahabat,
Walaupun banyak persimpangan di hadapan,
Jangan kita menyerah sebelum masanya,
Jangan kita tunduk dengan pujukan musuh,
Amaran-amaran Allah adalah yang utama,

Sahabatku,
Teman itu kadang-kadang menjadi penawar,
Itulah kekuatan kita, 
Kadangkala menjadi racun,
Yang akan melemah segala kekuatan.

Namun jangan kita bergerak ke jalan yang salah,
Ikuti apa yang diperintahkan,
Moga Ukhwah yang terbina,
Menjadi inspirasi untuk masa hadapan,
Kaulah sahabat dunia akhirat.

2 comments:

Aine said...

wah, pandai izzah bersajak.. ni buat sndiri ke org lain tlg buatkan???
best gak

izzah87 said...

buat sendiri la...
30 minit je..
pakai hentam je...

Post a Comment

ViDeO PengHaYatan BerSamA

Loading...